CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 23 May 2011

Memaafkan untuk syurga

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

  Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.
 Sama-sama kita renungkan...
tiada guna untuk berdendam..yang mana nanti akan memakan diri kita juga..
Lets us forgive us..

A new life..

2011...
will changes me a lot...
although many of my frens choose to work..
im more prefer to further my study..
although its hard decision..im no choices..
i hope..with this way..im in the right path..
maybe i may faces some of difficulties during this 2 years..
i hope my future will bright for the next 2 years..insyaAllah..
n..now 11 days left..
n my status will changes..


ops..berdebarnya...
hopefully perjalan hidup ini dipermudahkan n diredhai oleh Allah swt..ameen...

Disini bermulanya...

Hi..
finally i have my own blog.. although its too late..hehe
hm..what the purpose i have blog????
why..n why..(should ask myself..not all of u ;p)
hm...actually i want share something that can give a value to the people..(sounds like amazing but...)
yang sebenarnye..its pretty good if we can share something about life...share any information and bla2..
or maybe this place.. i bleh luahkan my feelings...
ape yang penting...
KERJASAMA...huhu..opps..silap...
ape yang penting..THINK POSITIVE ALWAYS.....
do something that can give benefits to all..its my believe..



k, salam perkenalan untuk diri sendiri...papai.