CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 29 December 2011

"clorox"kan hati

hm...jadi baik pn susah..jdi jahat lgi la mntak simpang jauh2..sy sebenarnya takot dgn manusia zaman skrg..
opss..itu salah..saya perlu takot pada Allah..hm..kdg tu Allah suka uji kita..kenapa?? ya..biar sy yg jwb sendiri..Sebab Allah SAYANGKAN kita.. semua manusia tu tak perfect.. korg prnah tak tgok hidup seseorg tu sangat SEMPURNA tanpa cacat cela..so far spnjg hidup ni.sy blum jumpe lgi..if ada..betapa bertuah nya dia.. hm..kdg tu apabila kita baik..org tak suka kan kebaikan kita..mcm mane tu?? bleh tlg jwb tak. kenapakah...n kenapakah?? ada kah jiwa mereka tidak tenang melihat kebaikan n kejayaan orang??

hati saya sedih melihat org mcm ni.. jika suatu hari nanti saya bjumpa dgn "malaikat"..satu jer impian saya selama ni.. saya nk semua manusia di dunia ni berhati bersih..bersih mcm sabun fab..bru la dunia ini aman..tenang..

tolonglah..jangan lah busuk hati..berprasangka...tiada guna semua tu..mcm mane kita hndak maju apabile kita tak boleh tgok orang lain lebih dari kita..cube la ambik dri sudut positif sbagai satu saingan sihat..percaya lah..apabila hati menjadi bersih..kecantikan hati itu akan terpancar di muka kita..itulah kecantikan yang sebenarnya..harapan saya mge Allah berikan hidayah kepada mereka dan kami juga.. berikan kami ruang kebahagiaan..Ya Allah..berilah petunjuk pada mereka..

sy masih ingat kata moyang saya...
orang buat baik kat kita..kita kena balas baik dengan dia..
orang buat jahat kat kita..kita kena tetap kne balas baik dengan dia..
jangan sesekali buat jahat dengan orang..

sy akan cube lakukan selagi termampu..muge sihat la tubuh badan ini..
moge Allah lindungila diriku n keluargaku dari gangguan manusia jahat, jin, syaitan& iblis..kepada Mu ku pohon perlindungan..Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa..

minta maaf la..mode ngah sedih ;p

Thursday, 15 December 2011

Bila Kita Berbicara Soal Hati


Bila kita berbicara soal hati, hati itu ada pelbagai rasa yang mana kadang-kala sukar untuk ditafsirkan dan sukar untuk dimengertikan. Manusia selalunya tertipu dengan apa yang ada dalam hati dan perasaan. Perasaan itu kadangkala akan menipu akal dan fikiran. Kadangkala kita merasakan sesuatu yang ada di depan mata kita itu adalah yang terbaik. Dan kita juga sering berprasangka apa yang kita ada itu tidak cukup dan tidak baik. Namun, hanya Allah saja yang lebih mengetahui apa yang terbaik sedangkan kita tidak. Perasaan di hati kita itu juga adakalanya membuat kita kebingungan, kegelisahan, kerisauan, kegusaran dan sebagainya yang membuatkan kita resah dan tidak senang duduk. Sehinggakan kita terduduk menangis memikirkan kegundahan perasaan yang wujud itu.
Hati dan perasaan memang ada dalam setiap diri manusia. Cuma yang membezakan ialah bagaimana kita semua menjaga hati itu supaya ia selari dengan akal dan fikiran kita. Jika terlalu mengikut perasaan dan kata hati, kita juga bisa mati. Akal fikiran dan pertimbangan yang baik sahaja dapat memandu kita kepada satu jalan yang betul. Kadangkala kita semua ini suka berprasangka kepada orang di sekeliling. Orang yang berbuat baik dengan kita, kita akan berprasangka kononnya ada udang di sebalik batu. Ya, prasangka boleh jadi membantu hidup kita dan juga boleh membantutkan hidup kita. Kita sememangnya memerlukan prasangka tapi bukan prasangka  yang membantutkan hidup kita. Tapi, biarlah prasangka yang berpada-pada..Kita cuma perlu berhati-hati dan jangan terlalu mengikut kata hati.
Ada pendapat mengatakan wujudnya hati yang busuk, dan hati yang baik. Bagaimana hati yang busuk itu dan apa pula hati yang baik itu? Bolehkah kita sebagai hamba Allah yang lemah ini membaca apa yang terbuku di dalam hati insan ataupun individu lain? Hebat sangatkah kita meneka? Hebat sangatkah diri kita ini bila kita dengan yakin dan megahnya berkata "Aku tahu niat dia tu memang tak elok...niat dia saje nak tarik perhatian...niat dia itu...niat dia ini......niat dia memang nak mengenakan orang lain...niat dia nak menunjuk-nunjuk..." Padahal diri kita sendiri pun kadang-kadang tidak dapat mengenal pasti niat dalam hati kita.. Mulut bicara lain, tapi di selubuk hati berkata lain. Bagaimana diri kita ini boleh yakin dan sangat pasti dengan niat orang di sekeliling kita? Sedangkan sesungguh-Nya Allah jualah yang lebih mengetahui.
Oleh itu, marilah kita muhasabah diri kita sendiri.Terlalu banyak kekhilafan diri.Saya juga selalu berteka-teka dengan hati, perasaan, akal dan fikiran sendiri.Kadang-kadang kita juga menjadi bingung hanya kerana perasaan sendiri.Kita juga sering berasa tidak pasti dengan diri sendiri.Semuanya kerana diri ini sendiri.

from; shakila ibrahim

Sunday, 11 December 2011

Hati vs Ego


Manusia mempunyai pelbagai hati dan perasaan...
Hati manusia sangat kotor
Dari sekeping hati yang putih menjadi makin kelam dan gelam..
Hitam menyelebungi..
Tanpa sedar..ia merubah warna..
Puncanye adalah satu.. KEEGOAN..
Ego pada Allah..
Ego pada manusia..
Ego pada binatang..
Ego dengan takdir qada n qadar...
Puncanye..Kita Ego dengan DIRI SENDIRI
Perjalanan hidup yang tanpa sedari merubah diri kita
Onak duri yang dilalui membentuk kita..
Dlm menempuh ranjau..kita makin EGO..
Sedarlah hati ini..
Sedar lah..
Kembali lah ke pangkal jalan..
Ubah la keegoan kita sekalian kepada  sedia menerima dengan hati terbuka
Berlapang lah dada..tenangkan lah jiwa
Rendahkan keegoan mu sekalian
Itu adalah cara terbaik untuk menguji keupayaan hati keimanan kita
Bersihkan hati tenangkan jiwa...
Mohon kekuatan dan petunjuk dari yang Maha Esa...

Untuk Yang teristimewa,
Saya minta maaf ketas seseorg..yang dahulunya teman tapi sekarang menjadi duri tanpa alasan dan sebab yang benar..sekiranya saya bersalah..maafkan lah..sekiranya saya tak bersalah..berlapang dada la kita n kembali pada persahabatan yang dulu yang sekian lama terjalin tapi terputus hanya sebab satu titik hitam dalam hati..
kudoakn kebahagiaan mu di dunia n di akhirat...ameen =)