CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 14 August 2011

cuti sakit berakhir..

Tomorow is monday, 15 August 2011. So today is Sunday...(ape yg sy merepek sbnarnya nie..)
hm..yang sbnar-benarnye nk maklumkn proses cuti pnjang n gaya hidup org xde masa depan sudah tamat. ESOK sy akan balik ke s.alam...huhu..betapa beratnya kaki nk melangkah balik semula ke sana..ikutkan hati nk jer balik pas raya..
Di petang yang hening pada hari Ahad 14/8/11

my fiance alfonso de arbuquaque: tugasan "s" sambung master neh pon ibadah gak..jdikan ia sbgai ibadah   insyaAllah.. 
saya berkataHm..baek la..tpi cian mak..tak de org nk tlg mak masak time berbuke nnti..(alasan org yg liat nk balik belajar).
my fiance alfonso de arbuquaque: Huhurm..iye "s"..xpe..mak redha "s" g blaja..mak masih blh brtahan.. kita doa mak sihat bleh pose ngn baik..
saya berkata: yer.."s" taw..insyaAllah mak mmg sihat..alasn yg sbnarnye mmg "s" liat nk balik sne..hehe
my fiance alfonso de arbuquaque: taw dh tuh "s" abg..huhu..

******************** kantoiiiiiii *************************



Begitu la point2 nk memujuk ak balik smula ke s.alam..kalu dia da masuk bab agame tu ak akn trdiam..xbrani nk mmbalasnye.. sbb mmg lame bebenor dh ak hidup menternak lemak di umah..dri sakit menjadi sihat.dan dari sihat menjadi makin sihat.n maybe dia pun jelez tgok lifestyle xde mase depan ak cmni ala2 princess di umah..sedangkan dia ari2 bgun g keje awal..(p/s: jelez tgok ak la nie..hehehe)


maka siang esok saya akan balik ke shah alam. terima kasih pada suziana n fazlina sbb tlg amik punch card.. jasamu kukenang jua... x elok mkn gaji buta..so saya harus kembali bekerja setelah mndapat cuti MC yg sgt pnjanggg.. n menggilap balik otakku 4 do my research..


N syukur alhamdullilah..my liver test menunjukkan result yg positif..n dr britahu maybe after ni i x akan dpt DENGGI lagi n JARANG2 org yg mdapat denggi for 2nd time.. mintak jauh..perit rasenye..

oleh yang demikian.berakhir la cuti ku ini.. ade hikmahnye juge..maka lepas ini dapat la sy memfokuskan lagi dengan melipatgandakan ibadat pada bulan Ramadhan kali ini..

n..same2 la kita berdoa semoga kita mendapat rezeki bertemu dengan malam lailatul-qadar yang sangat besar ganjaran melebihi 1000 tahun..syukur alhamdullilah..


Bubye.. jumpe lagi.. =)


Nikmat sihat yang wajib disyukuri

Sesungguhnya tidak terhitung kita betapa banyaknya nikmat Allah yang dikecapi semasa hidup di dunia. Kita tidak pernah putus menerima nikmat Allah, kecuali bila kita mati barulah nikmati itu terhenti. Sebagai contoh, nikmat mata dapat melihat, nikmat kaki dapat berjalan, nikmat tangan dapat bergerak, nikmat mulut dapat makan. Semua nikmat itu Allah berikan kepada kita secara percuma. Oleh demikian, kita patut mengucap syukur selalu kepada-Nya.

Satu lagi nikmat Allah yang kurang kita beri perhatian ialah nikmat sihat. Justeru, semasa sihat ramai di kalangan kita tidak ambil kisah untuk menjaga kesihatan. Bila sudah dapat penyakit baru sedar betapa mahalnya nilai kesihatan itu dalam kehidupan. Ada orang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk berubat bagi mendapatkan kembali nikmat sihat yang pernah dikecapi.

Bagi orang yang sudah terlantar sakit, sebut berapa saja jumlah wang yang perlu dibayar untuk ubat, dia sanggup sediakan demi untuk dirinya kembali sihat. Biasanya di waktu sakit baru timbul keinsafan betapa tubuh yang sihat itu lebih mahal nilainya daripada segala-galanya yang ada di dunia baik wang mahu pun harta benda. Isteri cantik atau suami kacak sudah tidak memberi apa-apa makna kalau diri terlantar sakit.
gmbar hiasan semata-mata..syukuri la nikmat sihat..sihat sebelum sakit


Tidak siapa boleh nafikan betapa tubuh yang sihat membolehkan seseorang itu melakukan apa saja kerja dengan baik dan sempurna, termasuklah mengerjakan amal ibadat kepada Allah. Tetapi ada di kalangan kita tidak menjaga kesihatan sebaik-baiknya ketika sihat sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang hal ini. Sabda Rasulullah bermaksud: "Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Sudah jadi lumrah dunia, kebiasaannya orang sihat jarang memikirkan tentang sakit. Justeru, orang sihat bila makan selalu gelojoh dan tidak ikut peraturan. Selagi boleh makan dia makan sungguh-sungguh. Selagi tidak kenyang dia tidak berhenti makan, tak kira apa yang dia makan itu boleh mendatangkan mudarat kepada tubuhnya atau tidak. Selagi ada selera dia makan sepuas-puasnya.


Tetapi lain halnya bagi orang yang tidak sihat seperti mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis atau jantung. Orang yang berpenyakit selalu merindui sihat. Boleh dikatakan dua puluh empat jam dia berharap dan berdoa supaya kembali sihat seperti orang lain. Oleh kerana inginkan sihat, dia mula makan ikut peraturan seperti yang dinasihatkan doktor. Makannya tidak lagi ikut kata hati dan cukup berhati-hati. Makannya juga terhad. Semua itu dilakukan kerana ingin cepat sembuh daripada penyakit dan kembali sihat seperti dulu.

Seharusnyalah ketika tubuh sihat inilah kita perlu muhasabah diri dan mengucap syukur atas nikmat sihat yang Allah berikan kepada kita. Allah mengurniakan tubuh sihat bukan semata-mata untuk kita bekerja mencari rezeki untuk diri kita dan keluarga, tetapi pada waktu sama Allah mahukan kita mengerjakan amal ibadat seperti yang diperintahkan-Nya terutama solat fardu lima waktu.

Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat ketika tubuh sihat. Sesibuk mana pun kita bekerja kerana mencari nafkah untuk keluarga, bila masuk waktu kita perlu solat. Solat tidak boleh kita tinggalkan kerana kita mampu mengerjakannya.


Semasa sihat inilah juga kita selalu diingatkan supaya banyak berzikir dan mengingati Allah. Bila kita ingat kepada Allah nescaya Allah juga akan ingat kepada kita. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi masih sihat. Ketika ditanya seorang hamba Allah dia menjawab, "Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu Allah menjaganya untukku di saat aku sudah tua."

Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera. Manusia boleh melakukan apa saja kerja jika sihat dan sekali gus menunaikan kewajipan kepada Allah yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya (baik yang kuat atau yang lemah) memiliki kebaikan." (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

Dalam sebuah hadis lain daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya yang ditanyakan pertama kali kepada hamba di hari kiamat - maksudnya tentang nikmat - adalah dikatakan, 'Bukankah Aku telah menyihatkan tubuhmu dan menyegarkanmu dengan air yang dingin." (Hadis riwayat Tirmizi)

Mereka yang menghargai kesihatan sentiasa ingat dan mengucap syukur kepada Allah. Nikmat sihat yang Allah kurniakan kepadanya itu tambah menguatkan lagi perasaan cinta dan takwa terhadap Allah. Nabi Muhammad mengerjakan solat tahajud di waktu malam bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah.

Apabila ditanya Aisyah r.a. kepada baginda kenapa melakukan perbuatan itu padahal Allah telah mengampuni dosa baginda yang telah lalu dan akan datang, maka jawab baginda: "Tidak bolehkah aku menjadi hamba yang bersyukur?"

Sesungguhnya tubuh yang sihat tidak memberi makna apa-apa sekiranya kita lupa kebesaran Allah dan pada waktu yang sama tidak digunakan untuk mentaati Allah dengan mengerjakan apa yang diperintahkan-Nya dan meninggalkan apa yang ditegah-Nya. Badan sihat jadi sia-sia jika tidak dimanfaatkan untuk kebaikan dan kebahagiaan di akhirat kelak, di samping dapatkan juga kebaikan dan kebahagiaan di dunia.

Amat rugi hidup seseorang Muslim kalau badannya sihat, kuat dan bertenaga dihabiskan dengan kerja maksiat dan melakukan amalan yang dilarang-Nya. Tambah malang lagi jika umur panjang tanpa amalan soleh sebagai bekalan di hari kemudian.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Kekayaan tidak akan menimbulkan bahaya bagi orang yang bertakwa. Kesihatan bagi orang yang bertakwa lebih baik daripada kekayaan. Dan keadaan jiwa yang baik adalah bahagian daripada nikmat." (Hadis riwayat Ibnu Majah).

Sebagai khalifah Allah di dunia ini, orang yang sihat tubuh badannya juga akan diuji Allah dengan pelbagai dugaan dan musibah. Semua itu untuk menguji tahap kesabaran kita sejauh mana tebalnya iman kita kepada Allah. Hanya mereka yang sabar berjaya melepasi ujian ini.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 146 yang bermaksud: "Allah menyukai orang-orang yang sabar."

Dalam surah lain pula Allah berfirman yang bermaksud: "Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan `Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.' Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat daripada Rabb mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk." (Al-Baqarah ayat 155-157).

Masa sihat adalah sebaik-baik masa memperbanyakkan amal ibadat seperti solat, puasa sunat dan jika berkemampuan di segi kewangan segeralah pergi mengerjakan umrah dan haji. Kita tidak mahu apabila sakit dan tidak berupaya untuk bergerak, saat itu baru ada kesedaran untuk membuat amal ibadat sebanyak mungkin, tetapi sudah terlewat.

Orang sakit tidak mampu melakukan kerja-kerja seperti orang sihat. Justeru, pesan Nabi Muhammad dalam sebuah hadis seperti yang diriwayatkan oleh Hakim amat baik dijadikan ingatan bagi setiap Muslim, iaitu ambillah peluang lima perkara sebelum dihilangkan (didatangi) lima perkara.


Lima perkara yang dimaksudkan itu ialah peluang masa mudamu sebelum datang tuamu, peluang masa kayamu sebelum datang fakirmu, peluang masa lapangmu sebelum datang kesibukanmu, peluang masa sihatmu sebelum datang sakitmu dan peluang masa hidupmu sebelum datang matimu.

Oleh Ahmad Sabki Mohd Tahir


Tuesday, 9 August 2011

Blood count test

salam..i juz come back from hospital..
time wat blood test tdi..my platlet naik mendadak 600 lebih..sounds great.. tpi my hemoglobin still lower.. i kne byk makn hati, kerang n daging merah...huhu.. juz for info.. refer to the table below to know our normal blood count..
  Adult woman Adult man
Red blood cells 3.8 to 5 x 10 12/l (3.8 to 5 million per cubic millimeter of blood) 4.5 to 6.5 x 10 12/l (4.5 to 6.5 million per cubic millimeter of blood)
Haemoglobin (Hb) 11.5 to 16.5 grams per 100ml of blood 13 to 18 grams per 100ml of blood
White blood cells 4 to 11 x 10 9/l (4,000 to 11,000 per cubic millimeter of blood) As for women
Neutrophils 2.0 to 7.5 x 10 9/l (2,000 to 7,500 per cubic millimeter of blood) As for women
Lymphocytes 1.3 to 4.0 x 10 9/l (1,300 to 4,000 per cubic millimeter of blood) As for women
Platelets (thrombocytes) 150 to 440 x 10 9/l (150,000 to 440,000 per cubic millimeter of blood) As for women



normal blood count


What is a normal full blood count?

A full blood count is a test that measures the number of red cells, white cells and platelets in your blood.
Red cells carry oxygen around our bodies - haemoglobin is the part of the red cell that carries the oxygen.  If you have a low red cell count, your doctor may say you are anaemic (a-nee-mic).
White cells fight infections.  There are several different types of white cells, including neutrophils and lymphocytes.  You may hear your doctor talk about your neutrophil count when you are recovering from a chemotherapy treatment.
Platelets help clot the blood, to stop cuts bleeding.  If you have low platelets, you may have abnormal bleeding, such as bleeding gums and nosebleeds.


Your doctor does a full blood count to
  • Check your general health
  • Diagnose certain conditions, such infections, anaemia or as an early test for blood cancers (leukaemia and lymphomas)
  • Check for treatment side effects, such as your white cell count when you are having chemotherapy
There isn’t an exact range of normal for blood counts. The range of figures quoted as normal varies slightly and also differs between men and women.

hm..hope this info dpt menambahkan info kite mgenai blood.. before nie juz learn about function for every type of blood.. so..ari ni i bru taw perlunye full blood count test .. n nex week i kne amik result for the liver test.. hrp mendapat keputusan yg ok.. rase berdebar juge..

p/s: td time amik blood..student practical fom mahsa college yang amik.. huhu..cuak juge la..ye lar..bru practikal..lack of skill..nk xnk hulur lengan nk bgi kat dia td..hehe..pasrah je la dengan kesakitan injection 2..hasilnye..dua bekas drh dia amik..byknyer..untuk simpanan negara kot..hoho

Monday, 8 August 2011

MUSUH DENGAN NYAMUK N DENGGI

Disini ingin saya katakan saya tak suka nyamuk. FULLSTOP.
although i know everthing happen for a reason (Flo,2011)..mcm nyamuk..kehidupan dia kat dunia nie tntu ade reason.. as  a symbiosis with living thing..tpi sy tetap xsuke nyamuk..sebab-sebab ketidaksukaan saya:
1. Suka gigit diriku yang xbersalah ni.
2. Akan menyebabkan kegatalan..opss bukan kegatalan miang keladi k...
3. mengganggu keenakan tidur.
4. menyebabkan terlantar di HOSPITAL..

..part yg no.4 tu yang xsuke..terlantar di hospital..seksa rase kne demam denggi gara2 nyamuk aedes.. very terrible..3 hari duduk kat pusat perubatan univsiti malaya(PPUM) 2 sgt terseksa rase2nye..dlm sehari 3x doctor mude2 datg amik drh nk count platlet..3 ari juge la byk darah sy dikorbankan..sakit kne amik drh..byk lak 2..2 xkira nurse2 kat situ amik my blood pressure..hbis merah2 lebam tgn ni kne pam ngn mesin 2.. sy dimasukkan di dlm wad kritikal sbb virus 2 boleh myerang bile2 mase dlm 48 hours apabila demam dh reda n bil. darah bleh jatuh mendadak secara tibe2.kesimpulannye.. sy dikawal ketat sepanjang berada di hospital 2..stiap brape ml air diminum kne catat..n brape ml urea dirembeskan pun kne tulis juge..berserta kelebaman tgn di inject n di pam ternyata terserlah di lengan2 ku ini.. sedih..
blood injection..kalau dr yg pandai wat rase xsakit..tpi kalu dr 2 bru nk blajar cara2 nk amik blood..ouchhh..mmg mjerit la juge sy nie..

1st ramadhan masuk hospital.. my aunt mamazie byk bersusah payah jge ak time ak demam..before msuk hospital..sy dijage di rumh mamazi kat damansara..time demam 2 slalu muntah2..cirit birit.. n gusi berdarah bile gosok gigi..so guyz  out there..plz b aware..itu ada lah tnde2 denggi.. stakat ni denggi  xde ubat..n boleh menyebabkan kematian.. doctor hnye dpt masukkan air dlm tubuh kita..n kite sendiri kne minum byk air..

time demam ari 2 ..sume mknan xbleh nk telan..kecuali bubur ayam mamazie..syukur dpt makan juge wpun beberapa sudu..sbb bile mkn makanan lain asyik nk muntah jer.. org kata minum 100plus slh satu care nnk smbuh dri denggi..tpi saya time 2 xbleh telan lgsung air 100plus(wpun b4 nie hantu 100plus)..n time demam mamazi bwk la sy ke hospital(PPUM) takot2 denggi..hari tu hari ke 4 sy demam..bile wat blood test tnde2 denggi blum ditemui..so balik la semula di rumah ngn perasaan lega knon2 selamat dri denggi..(tnde2 denggi ni lmbat muncul sbb bile darah terlalu pekat susah nk detect..)

n pada hari ke 5 di suatu petang kat umah mamazi..tetibe muncul ruam2 merah..opss tidak...ini mmg tnde denggi..cuak sangat time 2..n trus ke PPUM lagi sekali untuk wat blood test..kul 11mlm..dr terus tahan saya n masuk wad..huhu..time 2 mmg tubuh lemah yang teramat..nk pengsan lembik lotte..kne tolak atas wheel chair..xlarat nk bjlan.. n bile msuk dlm bilik wad 2..doctor n nurse bgi explanation pnjg lbar tntang denggi..bdn sy kne masuk air..
 di wad penyakit berjangkit..

3 ari di UM medical centre..hm..ckupla..xsggup lagi untuk hadapi sakit..

mamazie xtido mlm dok asyik jage sy yg nk muntah2 loya cirit birit..mujurla dlm bilik 2 ade tandas skali..xtido mlm mamazie n bersahur ala kadar jer..1st ramadhan sy dlm hospital..n keesokannya my parents dri kuala tganu jauh dtg jenguk anak dia nie...memandangkan bilik 2 besar n saya sorg2 dlm 2...spnjang di hospital 2 mak ayh yang teman saya n berkhemah di sana..bile smpai time bbuke diorg siap bukak tikar berkelah ramai2 berbuke pose kat c2..saya hnye mmpu memandang sayu dri ats katil xdpt join diorg mkn..time 2 mmg xde selera..huhu..

keesokannye tunang sy dri jauh kelantan dtg melawat (tharu abg snggup dtg).. n sekali lagi kami berkelah bbuke pose di situ ramai2..(sy teman org buke pose jer..xleh pose lgi time 2..hehe)..mamazie siap bwk pulut durian n nasi ayam..can u imagine that bau durian semerbak dlm bilik 2..mujur la nurse2 n  doctor kat c2 sporting morting sume nye..mak ngn baik hati siap share lagi nasi ayam ngn nurse2 kat c2..


itula pengalamn sy berada di hospital gara2 digigit nyamuk aedes di umah sewa seksyen 7 di s.alam.
n org kate nk cepat sembuh kne makn sup ketam n air kelapa mude.. so skung nie ari2 meghadap muke ketam...mule2 mak n nenek wat sup ketam..wpun saya ni bukan penggemar ketam nk xnk demi nk cpat sembuh ..hirup gak la sup ketam n mgrobek isi2 ketam 2..susah jugak mkn ketam nie..n semalam mak wat tomyam ketam..ouch..sy xdpt terima rase tmyam ketam 2..tpi ketam2 2 brjaya juge dihabiskan.. n adik pakat dok kait kelapa mude kat umah nenek..n minum kelapa mude sejuk2 time berbuka..sedap gak..hehe..(kelap mude slh satu penawar juge)
sup ketam...



kait kelapa mude juadah minuman berbuka

tunggu mase utk diminum..

tomyam ketam..huhu




skrg nie saya masih bercuti di rumah n wat follow up di hosptal sultanah zahirah..esok kne g hospital lagi untuk blood test..adui..kne cucuk lagi..aduiii..sabar...tpi ade hikmah di sebalik sume nie.. actually best juge..sakit2 nie dpt berbuke pose di rumah..pergi terawih..sronok rasenye..ntah bile dpt ke s.alam..skrg nie tbuh still lemah2..org kate dia amik mase 3 bulan untuk sihat cergas sepenuhnye..tpi agak melampau la kalau saya nk bercuti di umah selama 3 bulan..mcm mane keje SKS n my research di s.alam 2.. bulan ni x punch card lagi..adui.. pekhabar flo n amna kat s.alam 2..kcian diorg..housemate yg lain sume balik umah sbb diorg pun kne demam juge..nyamuk denggi berlegar2 di situ..takotnye nk balik sane...
Nyamuk aedes musuk ketat saya sekarang ini.ok.
p/s: slepas ni bile abang2 n kakak2 kementerian kesihatan mai ketuk pintu umah..saya tak kan dok senyap2 diam dh dlm umah 2..saya akan berbesar hati ajak dia masuk n same2 bunuh nyamuk musuh saya nie.. n bile fogging..saya akan beri kerjasama sepenuhnye..insaf da...area seksyen 7 di pusat komersial di s.alam mmg black area nyamuk2 aedes..sgt menyeramkan..